Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf, dengan pembukaan Jejambat Batu 10 ini diharap dapat memudahkan serta melancarkan perjalanan terutamanya mereka yang menggunakan laluan dari Kuching ke Serian
Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian dibuka secara rasmi untuk pengguna jalan raya hari ini. Foto TVS.

Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching – Serian dibuka hari ini

KUCHING, 22 Mei: Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian dibuka secara rasmi untuk pengguna jalan raya hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya , Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pembukaan jejambat berkenaan diharap dapat melancarkan perjalanan orang ramai yang menggunakan laluan itu untuk ke Serian.

Katanya, menerusi pakej projek itu, jalan dari Sematan ke Kuching yang mempunyai enam persimpangan telah dinaik taraf oleh kontraktor Sara Works Sdn. Bhd.

“Sebelum ini, ia mempunyai lima lorong namun selepas kerja – kerja berkenaan selesai, ia menjadi empat lorong dua hala sepanjang 4.19 kilometer,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak pagi tadi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya memberitahu, projek berkenaan bermula pada 1 November 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 November ini.

Tambah beliau lagi, satu jerayawara akan diadakan bersama media dari Kuching ke Miri bagi meninkjau perkembangan Projek Pan Borneo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan