Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bedah siasat dijalankan di Hospital Port Dickson kata Ketua Polis Daerah. Foto Facebook Hospital Port Dickson.

Doktor wanita ditemukan mati di hotel

SEREMBAN, 22 Mei : Seorang doktor wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, Port Dickson dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, seorang pekerja hotel menemukan mangsa terbaring di atas katil dalam bilik hotel tersebut.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada pukul 2.56 petang,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian selain menerusi semakan dari pihak hotel, mangsa telah mendaftar seorang diri di hotel berkenaan pada 19 Mei lepas, katanya.

Aidi Sham berkata mangsa yang berusia 37 tahun itu masih bujang dan merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson pada pukul 10 pagi tadi dan punca kematian belum dapat dikenal pasti.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan