Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut yang kuat dipercayai telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang lelaki terbunuh, kira-kira 40 orang cedera dan sepuluh daripadanya cedera parah yang melanda beberapa bandar di barat Jerman.
Ribut yang kuat dipercayai telah melanda beberapa bandar di barat Jerman. Foto Reuters.

40 cedera, 10 parah akibat puting beliung di Jerman

JERMAN, 22 Mei: Seorang lelaki terkorban akibat kejadian ribut kuat yang membadai beberapa bandar di negara ini, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, seramai 40 orang turut cedera dengan sepuluh dalam keadaan parah.

Polis North Rhine-Westphalia berkata, majoriti mangsa yang terkesan berada di Paderborn ketika kejadian selain ribut turut menyebabkan kira-kira 150 000 orang tersangkut di laluan antara Frankfurt dengan Hamburg.

Pengangkutan kereta api turut terganggu di seluruh wilayah yang terjejas, lapor pihak berkuasa tempatan.

Begitupun kejadian ribut berkenaan ‘tidak disahkan segera’ oleh Perkhidmatan Cuaca Jerman walaupun polis telah mengeluarkan pengesahan berhubung bencana itu.

Sementara itu, menerusi video perkongsian oleh saksi, kelihatan tiupan angin kencang mematahkan pokok di Paderborn, North Rhine-Westphalia selain menyebabkan pokok tumbang menghempap kenderaan, lapor Reuters.

Kesan ribut kuat itu turut dirasai di bandar Lippstadt dan pihak berkuasa memberi amaran keadaan itu dijangka akan berlarutan.

Pakar meteorologi ketika mengulas kejadian cuaca ekstrem itu memberitahu, ia berlaku disebabkan oleh udara panas dari Afrika ‘bertemu’ udara lebih sejuk yang bergerak dari utara Eropah.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

No data was found