Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan persidangan SUPP di sini hari ini. Foto Odleen

Pembangkang kurang cerdik teknologi – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 21 Mei : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pembangkang di negeri ini ‘kurang cerdik’ teknologi apabila tidak ‘begitu memahami’ sistem yang bakal digunakan dalam projek transit aliran autonomi (ART).

Abang Johari berkata, ketika dunia semakin maju, terdapat segelintir yang masih terperangkap dalam pemikiran kolot.

Bertambah pelik, Abang Johari berkata, pembangkang ‘menyerang’ projek ART tanpa memahami secara menyeluruh sistem yang bakal digunakan.

“Kononnya, tidak mahu ART tetapi (pembangkang) keliru makna automated dan autonomous,”katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-25 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden SUPP, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Semalam, di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), wakil rakyat DAP Pending, Violet Yong Wui Wui mempersoalkan sistem yang bakal digunakan untuk ART yang dikendalikan oleh Sarawak Metro Sdn. Bhd.

Abang Johari berkata, di sebalik ‘serangan’ terhadap projek kesejahteraan rakyat yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak, pihak akan meneruskan inisiatif untuk memajukan negeri ini.

“Namun demikian, kita mesti mempunyai keazaman serta perancangan ekonomi yang lengkap,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan