Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang wanita disyaki lemas ditemui terapung di permukaan air berhampiran tepi tembok Jalan Coastal di sini lebih kurang pukul 10 pagi hari ini. Foto: Orang awam

Mayat wanita ditemui terapung

SANDAKAN, 21 Mei : Mayat seorang wanita disyaki lemas ditemui terapung berhampiran tepi tembok Jalan Coastal di sini pada pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata ,si mati dianggarkan berumur lingkungan 30 hingga 40 an itu ditemui oleh orang awam yang kemudian menghubungi pihak polis.

Katanya, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan yang membuat pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri milik wanita itu.

“Setakat ini, siasatan juga tidak mendapati sebarang unsur jenayah, khianat serta tiada kecederaan fizikal pada tubuh,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau memberitahu, siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi IPD Sandakan di talian 089-212222,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan