Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah dibaham buaya ketika mengambil air di tebing sungai di Kampung Nyabut, Telaga Air pagi tadi.

Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai

ByElani Rosllan

KUCHING, 21 Mei : Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah dibaham buaya ketika mengambil air di tebing sungai di Kampung Nyabut, Telaga Air pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak, kejadian berlaku sekitar pukul 8:30 pagi ketika mangsa pergi ke sungai bersama nenek dan kakaknya.

“Mangsa dikatakan sedang mengambil air bersama nenek dan kakaknya di tebing sungai sebelum disambar buaya.

“Selepas itu, mangsa terus hilang dan tidak timbul,” kata PGO dalam kenyataan tersebut.

PGO Sarawak telah berhubung dengan pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mendapatkan bantuan.

Selain itu, pihaknya turut mengarahkan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan