Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Cawangan Mukah merampas minyak masak paket bersubsidi tanpa lesen yang sah bernilai RM637.50. Foto: KPDNHEP Mukah

Dua lelaki berdepan denda RM1 juta, bawa minyak masak bersubsidi tanpa lesen

MUKAH, 21 Mei : Tindakan dua lelaki tempatan yang membawa minyak masak paket bersubsidi tanpa memiliki lesen yang sah bernilai RM637.50 berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Cawangan Mukah.

Kereta pacuan empat roda Chevrolet Colorado LTZ yang digunakan untuk membawa minyak berkenaan turut disita menjadikan nilai seluruhan rampasan berjumlah RM40,637.50.

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den berkata tangkapan dibuat pada pukul 10.40 pagi Jumaat oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Mukah.

“Seorang lelaki bersama seorang pembantu yang terlibat kedua-duanya ialah warga tempatan yang tidak memiliki sebarang lesen atau dokumen yang sah berhubung pemilikan barang kawalan tersebut.

“Kita telah membuat satu tangkapan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa serta memiliki barang kawalan iaitu minyak masak paket bersubsidi tanpa memiliki lesen atau dokumen yang sah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP Mukah telah menyita beberapa barangan iaitu minyak masak bersubsidi paket seberat satu kilogram sebanyak 255 paket,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sekiranya disabitkan kesalahan mereka boleh didenda melibatkan satu pertubuhan perbadanan dan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit bagi setiap barang kesalahan yang dilakukan.

Jika bukan satu pertubuhan perbadanan, mereka akan didenda tidak melebihi satu juta ringgit bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.

“Penguatkuasa KPDNHEP akan terus sentiasa memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa untuk menangani ketirisan barang kawalan bersubsidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan