Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi pasangan suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di Serian malam tadi.

Suami isteri dibunuh di rumah kongsi ladang sawit Serian

ByNurul Amarlina

KUCHING, 20 Mei : Sepasang suami isteri ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kongsi di ladang kelapa sawit di Serian, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan (DSP) Aswandy Anis berkata, mayat pasangan berkenaan ditemui di dapur rumah itu dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja ladang.

Katanya, pekerja itu kemudian memaklumkan kepada ketua pengawal keselamatan dan dua polis bantuan ladang yang bertugas di Ladang Sawit WFM Melikin Serian kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mereka berdua merupakan warganegara asing berdasarkan dokumen yang dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, terdapat kesan kecederaan pada bahagian tengkuk mayat wanita manakala suaminya mempunyai kesan kecederaan di leher. 

“Mayat kedua – duanya yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 47 tahun dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 309 kanun sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan