Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) menahan 11 warga Vietnam yang menceroboh perairan Sandakan pagi semalam. Foto PPMW4.

Nelayan Vietnam ceroboh perairan Sandakan ditahan

SANDAKAN, 20 Mei : Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) berjaya menahan 11 warga Vietnam dan merampas dua kapal ikan yang menceroboh perairan Sandakan secara haram pagi semalam.

Dua kapal berkenaan dikesan berada di kawasan utara Pulau Lankayan di sini sekitar pukul 10.30 pagi.

Komandernya, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Ariffin berkata, kesemua yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 10 hingga 49 tahun terdiri daripada juragan dan awak-awak kapal.

Kesemua nelayan Vietnam yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM W4 Sandakan, Sabah untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai pengenalan diri serta tiada permit daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara,”katanya menerusi kenyataan media.

Selain dua kapal yang dirampas, PPM W4 turut menyita lapan set peralatan menangkap gamat dan gamat yang disimpan dalam beberapa buah tong.

Semua rampasan itu dianggarkan bernilai RM2,873 000.

Ahmad berkata, juragan kapal telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan