Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes vandalisme di Sarawak semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan dalam keadaan yang membimbangkan, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Kes vandalisme di Sarawak semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan dalam keadaan yang membimbangkan, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto: TVS

Kerugian vandalisme di Sarawak cecah RM332 000

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Mei : Kes vandalisme di Sarawak dikesan semakin membimbingkan berikutan pertambahan kes yang dilaporkan kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Dr. Abdul Rahman memberitahu, anggaran kerugian yang dialami akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu ialah sebanyak RM332 000 bagi tempoh 2020 hingga Mei tahun ini.

Katanya perbuatan itu melibatkan tindakan merosakkan papan tanda jalan, penutup parit, ‘railing’ jejantas dan tepian sungai, tempat duduk dan bumbung perhentian bas awam.

“Selain itu, lampu yang dipasang di taman juga dirosakkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagi mengatasi masalah ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Dayacop Security Services Sdn. Bhd. untuk membincangkan kaedah yang boleh dilakukan agar perkara ini tidak berulang,”katanya.

Baca lagi > > > Video kolam air pancut di Waterfront dipenuhi buih sabun tular

Baca lagi > > > Polis siasat kes khianat kolam air di Waterfront

Baca lagi > > > DBKU kesal tindakan nakal cemari kolam air di Waterfront

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menjelaskan isu perbuatan khianat individu yang mengakibatkan kolam air pancut di tebingan Sungai Sarawak ‘dicemari’ buih tebal baru – baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Katanya, antara kaedah sesuai untuk memberi pengajaran kepada si pelaku ialah dengan melakukan tangkapan secara ‘caught red-handed’.

“Berdasarkan teknologi yang ada pada masa kini, kita boleh segera mengambil gambar kejadian vandalisme dan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya lagi.

Tambahnya, peralihan ke fasa endemik ini dijangka meningkatkan lagi bilangan jumlah kemasukan pelancong asing ke Sarawak.

Oleh yang demikian, Abdul Rahman menyeru masyarakat Sarawak supaya bekerjasama bagi mengekalkan keindahan lanskap di negeri ini.

“Bagi jangka masa panjang, pihak DBKU akan mengadakan kempen kesedaran awam kepada masyarakat melalui program kejiranan mesra kepada warga Kuching mengenai pentingnya menjaga harta benda awam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan