Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota JBPM menunjukkan lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya. Foto: JPBM

Kepala lelaki dipercayai dibaham buaya di Lundu ditemui hanyut

KUCHING, 20 Mei : Seorang lelaki dikenali Sebarang Bingkok yang dilaporkan hilang petang semalam dipercayai meninggal dunia akibat dibaham buaya di Sungai Kampung Kangka, Lundu.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Damatarius Lautin berkata, ahli keluarganya menemui bahagian kepala mangsa yang hanyut ketika mencari lelaki berusia 56 tahun itu di sungai berkenaan petang semalam.

Katanya, susulan penemuan itu, ahli keluarganya membuat laporan polis manakala bahagian kepala telah dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

“Memasuki hari kedua, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dianggotai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) diteruskan hari ini,”katanya menerusi kenyataan media.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pukul 9 pagi tadi dan ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak memaklumkan, pencarian hari kedua merangkumi kawasan sejauh satu kilometer (km) dari hulu dan tiga km ke hilir lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Sehingga kini tiada sebarang petunjuk baharu,”jelas PGO. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan