Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) berjumlah RM60 064 358 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

DUN Sarawak : RUU Perbekalan Tambahan (2022) lebih RM60 juta diluluskan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 20 Mei : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) berjumlah RM60 064 358 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

RUU yang diluluskan tanpa dibahaskan itu melibatkan perbelanjaan bagi memenuhi geran operasi tambahan kepada 23 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Douglas Uggah berkata, perbelanjaan itu termasuk diskaun sebanyak 25 peratus ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan melebihi RM400, pegangan komersial, perindustrian dan tujuan khas serta tanah kosong bagi Januari hingga Jun 2022, yang keseluruhan berjumlah RM18 182 344.

“Selain itu, diskaun 30 hingga 100 peratus ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan RM400 dan ke bawah bagi tahun 2020, berjumlah RM23 554 945,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan.

Beliau yang Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua negeri berkata, diskaun 30 hingga 100 peratus juga diberikan ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan RM400 dan ke bawah bagi Januari hingga Jun 2022 yang melibatkan jumlah RM12 176 798.

“Ini turut melibatkan pengecualian permit perniagaan dan lesen PBT bagi 2022 berjumlah RM5 735 532 serta pengecualian lesen hotel dan rumah penginapan bagi tahun 2022, berjumlah RM213 659 dan diskaun 50 peratus untuk sewa terminal bas milik PBT bagi tahun ini yang berjumlah RM201 080,” katanya.

RUU PERBEKALAN TAMBAHAN (2022), 2022 LULUS

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut membentangkan usul untuk membawa resolusi anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2022 kepada Jawatankuasa Perbekalan.

Anggaran itu melibatkan satu subaktiviti yang memerlukan peruntukan tambahan.

Katanya, peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM100 juta untuk membiayai pelaksanaan pelbagai projek rakyat yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan