Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak dimaklumkan Projek SAWAS di Banting dan Lingga akan mula dilaksanakan hujung tahun ini.

DUN Sarawak : Projek SAWAS di Banting, Lingga dilaksana hujung tahun ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Mei : Status projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di Banting dan Lingga kini di peringkat penilaian tender, jelas Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, projek bekalan air termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan dijangka mula dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Ketika menjawab soalan Datuk Mong Dagang (GPS – Bukit Begunan), Dr. Abdul Rahman menjelaskan, projek SAWAS merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menyaluarkan bekalan air ke kawasan terpencil yang belum menerima bekalan air bersih.

“Pelaksanaan SAWAS merupakan satu usaha ke arah mencapai visi kerajaan negeri untuk menyalurkan 100 peratus bekalan air menjelang 2025,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pagi ini.

Beliau menambah, projek SAWAS juga akan menggunakan sistem bekalan air yang bersesuaian, dikendalikan serta diselenggarakan oleh masyarakat tempatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan