Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus.

DUN Sarawak : 364 ibu tunggal terima RM5 ribu kembangkan perniagaan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Mei : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan Jabatan Wanita dan Keluarga Malaysia Sarawak (JWKS) menyediakan geran sebanyak RM5,000 kepada ibu tunggal di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mikro mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata, sehingga April 2022, seramai 364 ibu tunggal telah menerima bantuan itu serta dibimbing JKMS dan masih aktif berniaga.

Katanya, bantuan tersebut mensasarkan penerima bantuan bulanan kebajikan yang masih produktif.

Tambahnya, inisiatif lain dijalankan oleh JWKS adalah pembiayaan caruman minimum berjumlah RM60 oleh kerajaan negeri menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

“Ketua Isi Rumah Wanita atau Isteri Ketua Isi Rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih sebagai tujuan persaraan dan menggalakkan mereka menabung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato Sri Tiong King Sing (GPS – Dudong) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tambah Rosey, JWKS juga menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran ibu tunggal seperti ‘Women Skills Training’, ‘Bounce Back Your Business’ dan Pelesenan Usahawan Wanita Sarawak (PUWAS).

Selain JKMS dan JWKS beliau memberitahu, terdapat agensi lain yang turut membantu ibu tunggal seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Jabatan Pertanian Sarawak, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan