Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kerana menjaja jeruk dan buah-buahan di persimpangan lampu isyarat laluan utama di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini hari ini.Foto Polis Johor.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Mei : Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kerana menjaja jeruk dan buah-buahan di persimpangan lampu isyarat laluan utama di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M.Kumarasan berkata, mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan, mereka bukan sahaja menyimpan barangan jualan di dalam longkang kawasan berkenaan, malah dipercayai menyimpan di belakang kedai haiwan peliharaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut merampas 12 kotak putih mengandungi 50 balang berisi jeruk mangga dan jambu.

“Tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen serta Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (166/59),” katanya.

Menurut Kumarasan, berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, segelintir penjaja masih tegar dan berani menjalankan aktiviti perniagaan walaupun polis kerap menjalankan operasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan