Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet taekwondo negara , Muhammad Syafiq Zuber terpaksa berhadapan dua “lawan” dari Vietnam dalam final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Ke-31 sebelum muncul juara di Gimnasium Tay Ho malam ini.Foto Majlis Sukan Negara.

Sukan SEA : Syafiq diamkan penyokong Vietnam, raih emas taekwondo

HANOI, 19 Mei : Atlet taekwondo negara , Muhammad Syafiq Zuber terpaksa berhadapan dua “lawan” dari Vietnam dalam final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Ke-31 sebelum muncul juara di Gimnasium Tay Ho malam ini.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Muhammad Syafiq  kerana bukan hanya menjinakkan Pham Minh Bao Ka 15-9 tetapi berjaya mendiamkan penyokong tuan rumah untuk memperoleh emas itu.

Terdahulu wakil Malaysia itu telah memberikan aksi terbaiknya untuk menyingkirkan juara tiga kali Samuel Morrison dari Filipina dalam separuh akhir.

 Muhammad Syafiq, 22, menewaskan Morrison yang merupakan pemenang pingat emas dari 2015 hingga 2019, 35-21.

Pada edisi 2019 Filipina, Muhammad Syafiq terpaksa berpuas hati dengan gangsa dalam kategori lightweight (74kg).

Kem taekwondo negara kini mengumpul 1-1-3 pingat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan