Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hakisan pantai di Kampung Alit menjejaskan lebih 1,000 penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Penduduk Kampung Alit bimbang hakisan pantai

KUCHING. 19 Mei : Masalah hakisan pantai di Kampung Alit, Kabong yang terletak kira-kira enam jam dari sini, bertambah buruk menyebabkan lebih 1,000 penduduk di kawasan itu dilanda kebimbangan.

Wakil penduduk, Muhamad Musa Abdul Ghani berkata, masalah itu semakin kritikal setiap kali berlaku air pasang sejak dua tahun lalu.

Katanya, hakisan yang berlaku membabitkan kawasan sepanjang 300 meter.

“Penduduk bimbang laluan di situ tidak selamat serta boleh membahayakan terutama bagi mereka yang terpaksa menggunakannya pada waktu malam.

“Jalan yang terlibat merupakan laluan utama yang digunakan penduduk termasuk ke kawasan perkuburan,”katanya.

Muhamad Musa memberitahu disebabkan hakisan itu, sekiranya berlaku kematian, mereka terpaksa menggunakan laluan yang jauh ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian jenazah.

Difahamkan, hakisan juga menyebabkan 30 pekebun kecil bimbang untuk menjalankan aktiviti pertanian setiap kali air pasang dan terpaksa menanggung kerugian.

Justeru penduduk sekitar memohon supaya dibina tembok untuk mengelakkan hakisan menjadi lebih serius. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan