Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar perempuan sekolah menengah disyaki terlibat kegiatan mengedar dadah di Kuala Lumpur ditahan polis. Foto Bernama.

Pelajar perempuan sekolah menengah antara ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR, 19 Mei : Polis menahan lima sekawan termasuk seorang remaja perempuan masih bersekolah yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengedar dadah sejak tahun lepas di sekitar Lembah Klang, dalam tiga serbuan sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, semua suspek berusia lingkungan 14 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua kondominium, masing-masing di Jalan Kuching dan di Jalan Cemur, serta sebuah rumah di Petaling Jaya, di sini.

Beliau berkata polis turut merampas 50 botol cecair disyaki methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) berjumlah 500 mililiter (ml), 10 bungkus air ketum (7,000 ml), 54 botol dadah MDMA (3,300 ml), dan 41 botol MDMA (410 ml) dalam serbuan itu.

“Kesemua suspek direman sehingga 24 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan dadah yang diperolehi,” katanya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Menurutnya hasil ujian saringan air kencing mendapati hanya seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Beh berkata keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM210,570 dan boleh digunakan oleh 1,121 penagih.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan