Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang murid perempuan darjah empat maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini hari ini.Foto media sosial.

Murid perempuan darjah empat maut digilis lori treler

BUKIT MERTAJAM, 19 Mei : Seorang murid perempuan darjah empat maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) , Asisten Komisioner (ACP) Shafee Abd Samad berkata, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 1.45 tengah hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku motosikal yang ditunggang ibu kanak-kanak itu hilang kawalan, menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh di atas jalan raya.

“Wanita berusia 30-an itu sempat menyelamatkan diri sebaik terjatuh manakala anaknya yang membonceng, digilis oleh lori treler yang datang dari arah sama, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat, manakala ibunya yang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan dirawat di hospital sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan