Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya dalam insiden dilaporkan berlaku di Ladang Lamag Sungai Pin di Kinabatangan.

Lelaki maut dibaham buaya ketika menyeberangi sungai

KINABATANGAN, 19 Mei : Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya di Ladang Lamag Sungai Pin di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Abdul Kadir diserang buaya ketika menyeberangi sungai melalui jambatan kayu.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.24 petang dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 50 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan,”jelas PGO.

Susulan penemuan mayat itu, operasi SAR ditamatkan pada pukul 5.10 petang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan