Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasar raya di Moscow, Rusia.
Sebelum ini, harga barangan melonjak setelah Rusia menghadapi gangguan logistik serta ketidakstabilan mata wang.Foto Reuters.

Kadar inflasi di Rusia terkawal

ByNina Azman

MOSCOW, 19 Mei : Inflasi di Rusia mencatatkan penurunan pada Mei setelah kadar faedah dikurangkan kepada 14 peratus berbanding 17 peratus pada bulan sebelumnya.

Reuters melaporkan berdasarkan statistik Rosstat, langkah itu telah mengurangkan krisis ekonomi di Rusia yang berpunca daripada peperangan dengan Ukraine baru-baru ini.

Statistik itu menunjukkan kadar inflasi hanya 0.05 peratus pada minggu ini berbanding 0.12 peratus pada minggu sebelumnya.

Menteri Ekonomi, Maxim Reshetnikov berkata, inflasi tahunan turut menunjukkan pengurangan dari 17.77 peratus kepada 17.69 peratus.

Sebelum ini, harga barangan termasuk makanan, barang keperluan , pakaian dan telefon pintar melonjak setelah Rusia menghadapi gangguan logistik serta ketidakstabilan mata wang.

Pada April, inflasi tahunan mencecah 17.83 peratus yang merupakan kadar tertinggi sejak Januari 2002.

Bank negara itu meletakkan sasaran kadar inflasi sebanyak empat peratus sahaja untuk tahun ini. -TVS

Tags: inflasi, rusia

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan