SHANGHAI, 19 Mei : Ekonomi Shanghai diramal akan beransur pulih bermula bulan depan apabila lebih banyak perniagaan di kawasan bebas COVID-19 dibenarkan untuk beroperasi.
Timbalan Datuk Bandarnya, Zhang Wei berkata, perintah berkurung yang dikuatkuasa kerajaan sebelum ini untuk membendung wabak berkenaan akan turut dihapuskan dalam masa terdekat.
Baca > > > Shanghai nafi buat sekatan pergerakan penuh susulan lonjakan kes COVID-19
Katanya, rakyat akan ‘bebas’ untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa setelah hampir dua bulan ‘terpenjara’ di kediaman masing – masing.
Kadar pengeluaran kargo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong juga telah mencecah 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Yu Fulin, pegawai pengangkutan di Shanghai berkata, pengangkutan awam untuk merentas daerah akan kembali beroperasi bermula 22 Mei.
“Keutamaan diberikan untuk membuka semula laluan bandar ke lapangan terbang, stesen kereta api dan hospital,”tambah beliau. – TVS