Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri dan persekutuan teruskan rundingan bersama kerajaan Indonesia bagi menormalisasikan perdagangan rentas sempadan di kawasan Tebedu-Entikong.

DUN Sarawak : Kerjasama dua hala terus diperkukuh bagi normalisasi perdagangan rentas sempadan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 Mei: Kerajaan negeri dan persekutuan akan terus mengadakan rundingan bersama kerajaan Indonesia bagi menormalisasikan perdagangan rentas sempadan di kawasan Tebedu-Entikong, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

“Di samping itu, kerajaan Malaysia juga telah pun mencadangkan kepada kerajaan Indonesia supaya membangunkan kawasan sempadan, termasuk kawasan Tebedu-Entikong.

“Jika ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi sebuah pusat pembangunan perdagangan dan aktiviti perindustrian termasuk perusahaan kecil dan sederhana,” katanya semasa menjawab persoalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang mengenai status kawasan perindustrian Tebedu dan tindakan kerajaan untuk menghidupkan semula kawasan terbabit.

Sementara itu mengulas mengenai Estet Perindustrian Tebedu, katanya estet berkenaan telah pun siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Bagaimanapun, namun aktiviti perdagangan rentas sempadan di Tebedu-Entikong sangat terhad susulan sekatan daripada pihak Indonesia sejak tahun 2014.

“Justeru kementerian akan terus mengadakan promosi bagi menarik pelaburan ke Sarawak termasuk di Estet Perindustrian Tebedu,” jelasnya

Dalam perkembangan sama, Malcolm turut memberitahu kerajaan negeri telah melebarkan jalan masuk sempadan dan membina semula pintu pagar, seperti permintaan kerajaan Indonesia, melibatkan kos keseluruhan RM2 juta.

Peruntukan berjumlah RM100 juta juga telah diluluskan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tujuan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan