Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pembinaan terminal bas di bandar Kapit.
Sidang DUN Sarawak dimaklumkan kerajaan negeri sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina terminal bas di bandar Kapit.

DUN Sarawak : Kerajaan rancang pembinaan terminal bas Kapit

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mei: Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina terminal bas di bandar Kapit.

Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, ini kerana wujud keperluan terminal bas di bandar berkenaan selepas perkhidmatan bas ekspres awam dari Sibu ke Kapit mula beroperasi sejak 1 Januari 2022.

“Sehubungan itu, perbincangan lanjut di antara Majlis Daerah Kapit , Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Kapit dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kapit akan diadakan sebelum pemohonan tapak terminal bas ini dapat dikemukakan kepada Majlis Perancangan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan,”katanya.

Jeril Susil berkata demikian ketika menjawab soalan Wilson Nyabong Ijang (GPS – Pelagus) pada hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan permohonan peruntukan untuk projek berkenaan akan dibuat di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12.

Jerip Susil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, kemudahan terminal bas itu kelak dijangka mampu menyediakan perkhidmatan bas yang efisen dan selesa kepada penduduk tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan