Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazal

DUN Sarawak : Kaji lebih banyak pindaan Perlembagaan Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mei : Kerajaan negeri akan melihat keperluan untuk membuat lebih banyak pindaan Perlembagaan Sarawak dan ordinan-ordinan berkaitan agar selari dengan status Sarawak sebagai sebuah wilayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha untuk memastikan tuntutan yang dilakukan mendapat perhatian.

“Kerajaan Sarawak akan membuat kajian berterusan untuk melihat keperluan membuat sebarang pindaan bagi memastikan kepentingan kita terus terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Chee Kadir (GPS -Kabong) pada hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sharifah Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang turut memaklumkan yang Kerajaan Pusat telah membuat pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa pada 11 Febuari lepas.

Pindaan itu katanya telah mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan diluluskan pada 1976.

Pindaan itu telah menurunkan status Sarawak dan Sabah daripada wilayah kepada negeri di Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 dan 13 Julai tahun berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan