Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak giat melaksanakan program pembangunan belia di kawasan luar bandar sebagai usaha untuk membentuk golongan belia yang sihat, berdaya saing dan bebas dari gejala sosial.
Kerajaan Sarawak giat melaksanakan program pembangunan belia di kawasan luar bandar sebagai usaha untuk membentuk golongan belia yang sihat, berdaya saing dan bebas dari gejala sosial.

DUN Sarawak: Golongan belia luar bandar tidak dipinggir

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mei: Kerajaan Sarawak giat melaksanakan program pembangunan belia di kawasan luar bandar sebagai usaha untuk membentuk golongan belia yang sihat, berdaya saing dan bebas dari gejala sosial.

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata , pihak kementerian telah melancarkan Calendar Of Programme (COP) pada tahun ini yang merangkumi program yang akan diadakan di seluruh daerah di Sarawak.

“Kerajaan memang sentiasa berusaha untuk merangka pelbagai program pembangunan belia, sukan dan usahawan di kawasan luar bandar termasuk di kawasan DUN Krian” kata Gerald Rentap

Beliau berkata demikian ketika menjawab penyertaan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik yang bertanyakan tentang aktiviti dan rancangan kerajaan bagi Daerah Saratok pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Gerald yang juga merupakan ADUN layar berkata, pada ketika ini kerajaan masih belum mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Mini Sport Stadium di Pekan Saratok kepada kompleks sukan yang lengkap dengan sebuah dewan sukan tertutup dan kolam renang dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun ini akan kita pertimbangkan pada masa akan datang tertakluk kepada peruntukan dan keperluan semasa”, katanya ketika diminta mengulas mengenai perancangan kerajaan berhubung isu Mini Sport Stadium. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan