Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, berikutan masalah itu, Kerajaan Sarawak kini mengambil langkah untuk menangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan dengan permohonan kerakyatan Malaysia. 

DUN Sarawak : Dokumen kelahiran anak tanggungjawab ibu bapa

ByNazirah Adlina

KUCHING, 19 Mei : Isu anak yang dilahirkan tanpa dokumen di Sarawak berlaku disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir ibu bapa.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, berikutan masalah itu, Kerajaan Sarawak kini mengambil langkah untuk menangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan dengan permohonan kerakyatan Malaysia. 

Katanya, terdapat dua kaedah untuk mendapatkan kerakyatan iaitu sama ada melalui pendaftaran atau naturalisasi mengikut syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Fatimah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ding Kuong Hiing (GPS -Meradong) berkenaan langkah mempercepatkan serta menangani isu kanak-kanak tanpa status kerakyatan di Sarawak.

Fatimah berkata, walaupun kementeriannya bersetuju untuk mempercepatkan permohonan kanak-kanak tanpa kerakyatan, namun keputusan akhir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Isu berkaitan kewarganegaraan dilindungi di bawah Bahagian Ketiga, Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

“Ia bawah Perkara 74 dan dibaca bersama dengan Perkara No.5 dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sementara itu Fatimah turut memaklumkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri (Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak) telah ditubuhkan pada 2016 bagi memudahkan pertimbangan permohonan kewarganegaraan yang diterima di Sarawak.

“Kementerian telah menjalankan empat siri program berkaitan dialog isu dokumen dan pengenalan diri sejak 2017 hingga tahun lepas,”katanya.

Beliau turut memaklumkan program serupa akan dilaksanakan di Biawak, Ba’kelalan, Long Bedian dan Long Banga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan