Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 34 buah menara telekomunikasi telah, sedang dan akan dibina di Engkilili untuk mengatasi masalah liputan lemah di situ.Foto Arkib Sarawak.

DUN Sarawak : 34 menara atasi masalah liputan lemah di Engkilili

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mei : Sebanyak 34 buah menara telekomunikasi telah, sedang dan akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili termasuk di bawah projek SMART yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk mengatasi masalah liputan lemah di situ.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang berkata, ketika ini sebanyak 23 buah menara telah siap dibina oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Ujar beliau, usaha berkenaan selaras dengan matlamat ditetapkan Kerajaan Sarawak ke arah mencapai liputan penuh telekomunikasi menjelang 2025.

“Sebanyak 11 menara yang sedang dalam pelbagai proses pembinaan ini pula dilakukan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Johnichal Rayong Ngipa (PSB – Engkilili) pada hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga turut memaklumkan Merindun dan Engkilili kini telah menikmati Inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MYSRBN) yang dilaksanakan SDEC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan