BOSTON, 19 Mei: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat telah disahkan positif menghidap jangkitan virus cacar monyet, menjadikannya kes pertama virus itu dikesan di negara itu pada tahun ini.
Memetik kenyataan Jabatan Kesihatan Awam Massachusetts semalam, Reuters melaporkan pesakit yang berasal dari negeri itu baru sahaja pulang dari Kanada dan telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu.
“Ini sangat luar biasa kerana pesakit itu tidak mempunyai sejarah melancong ke luar negara dengan sejarah cacar Monyet atau pendedahan kepada haiwan yang berisiko,” kata pegawai kesihatan Massachusetts, Dr Erica Shenoy.
Agensi kerajaan itu berkata ia sedang bekerjasama dengan Pusat Kawasan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan lembaga kesihatan tempatan untuk mengesan kontak rapat dan berkata setakat ini kes tersebut tidak membawa apa-apa risiko kepada orang ramai dan pesakit itu berada dalam keadaan stabil.
Cacar monyet merupakan penyakit yang jarang berlaku yang hampir sama seperti cacar manusia.
Penyakit itu pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo sekitar tahun 1970-an dan kebanyakan berlaku di barat dan tengah Afrika.
Baru-baru ini, beberapa kes cacar monyet telah dilaporkan atau disyaki United Kingdom, Portugal dan Sepanyol. – TVS