Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, sejak Op Benteng itu mula dilaksanakan pada 22 Mei 2022, seramai 95 PATI telah ditahan dan 415 PATI diusir. Foto: twenty20photos

Sarawak serius tangani kemasukan pekerja asing di ladang sawit

ByConnie Grace

KUCHING, 18 Mei: Kerajaan Sarawak serius dalam menangani pekerja tanpa permit yang bekerja di negeri itu antaranya melalui Penguatkuasaan Berterusan Undang-Undang, seperti Op Benteng.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, sejak Op Benteng itu mula dilaksanakan pada 22 Mei 2022, seramai 95 PATI telah ditahan dan 415 PATI diusir.

“Pengoperasian Operasi Benteng (OP Benteng) yang diketuai oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membanteras kemasukan warga asing secara tidak sah.”

“Jabatan Imigresen juga membuat operasi mengejut di tapak pembinaan kilang dan ladang-ladang untuk memeriksa sama ada pekerja asing mempunyai dokumen yang sah atau tidak.”

Gerawat berkata demikian ketika ditanya oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.58 Balingian Abdul Yakub Arbi mengenai apakah langkah dan tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani begitu ramai pekerja tanpa permit di ladang-ladang sawit di Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Rabu.

Selain itu, ujarnya, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak sentiasa melaksanakan pemeriksaan ladang-ladang secara berkala dan berterusan sekaligus menjalankan operasi melalui Program Outreach ke ladang pedalaman.

“Sejumlah 712 buah ladang telah diperiksa sepanjang tahun 2021 manakala dari Januari sehingga April 2022 pula, sejumlah 567 ladang telah diperiksa di setiap pelosok negeri ini,” tambahnya – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan