Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tidak puas mencuri barangan elektrik di sebuah kedai, seorang lelaki cuba menambah habuan curi di sebuah pasaraya namun taktik kali keduanya berjaya dihidu sehingga dirinya tertangkap.

Lelaki kantoi curi barangan pasar raya dan kedai elektrik

SIBU, 18 Mei: Tidak puas mencuri barangan elektrik di sebuah kedai, seorang lelaki cuba menambah habuan curi di sebuah pasar raya berhampiran namun taktik keduanya berjaya dihidu dan akhirnya tertangkap.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Lorong Chew Siik Hiong dekat sini sekitar pukul 4.00 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata lelaki berusia awal 30-an itu didapati mencuri barang yang dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum keluar dari pasar raya bersama barang-barang tanpa membuat bayaran.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, suspek berjaya ditangkap oleh seorang penyelia dengan bantuan rakan sekerja ketika suspek keluar dari pasar raya berkenaan.

Katanya, anggota bit Balai Polis Sentral yang dihubungi pihak pasar raya kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menahan suspek.

Menurut Zulkipli, hasil siasatan polis mendapati suspek juga terlibat mencuri barangan elektrik di sebuah kedai di Lorong Chew Siik Hiong iaitu lebih kurang 100 meter daripada pasar raya tersebut pada hari yang sama.

Berdasarkan laporan pengadu, daripada dua kes yang berasingan itu, suspek telah mencuri pelbagai jenis barang runcit bernilai RM57.00 dari pasar raya manakala RM273.00 nilai barangan elektrik dicuri di kedai berasingan.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 dan 379 Kanun Keseksaan.

Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau terbabit kini direman selama dua hari mulai 17 hingga 19 Mei ini.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar lebih peka dalam mengawasi barangan jualan di kedai masing-masing bagi mengelak berlakunya kes kecurian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan