Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keuntungan bersih kumpulan Cahya Mata Sarawak Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 merosot kepada RM72.02 juta berbanding RM77.80 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak susut kepada RM72.02 juta pada suku pertama

KUALA LUMPUR, 18 Mei : Keuntungan bersih kumpulan Cahya Mata Sarawak Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 merosot kepada RM72.02 juta berbanding RM77.80 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM214.04 juta daripada RM202.06 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu, yang terlibat dalam beberapa sektor daripada pembuatan simen kepada dagangan, penyelenggaraan jalan raya hinggalah kepada pembangunan hartanah dan sektor strategik lain berkata keuntungan sebelum cukai yang meningkat sedikit sebanyak RM83.86 juta pada suku pertama 2022 berbanding RM82.56 juta setahun lalu disumbang terutamanya daripada prestasi lebih baik yang dicatatkan oleh bahagian simen dan penyelenggaraan jalan raya dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu sebanyak RM15.42 juta.

“Pendapatan teras yang dilaporkan bagi suku pertama 2022 jauh lebih baik kerana keuntungan sebelum cukai yang dilaporkan pada suku pertama 2021 termasuk juga keuntungan sekali daripada penjualan saham dalam Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB) berjumlah RM28.52 juta dan pelupusan tanah dan hartanah pelaburan sebanyak RM12.74 juta,” katanya.

Kumpulan itu berkata aset ketara bersih sesahamnya berjumlah RM2.87 berbanding RM2.80 setahun lepas.

Baca > > > CMS tebus sepenuhnya MTN Islam Matang pada 5 Mei

Peningkatan perbelanjaan pembangunan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka meningkatkan segmen pembinaan dan industri berkaitan. Kumpulan itu juga menjangkakan prestasi yang bertambah baik dalam semua bahagiannya pada 2022.

“Walaupun terdapat cabaran yang berpunca daripada kos bahan mentah tinggi dan kekangan rantaian bekalan global, inisiatif utama kumpulan terus dilaksanakan di semua bahagian perniagaan berikutan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan