Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital Sri Aman yang menawarkan tujuh kepakaran dijangka siap Ogos ini.

DUN Sarawak : Hospital Sri Aman miliki tujuh kepakaran, beroperasi Ogos depan

ByConnie Grace

KUCHING, 18 Mei : Hospital baharu Sri Aman yang menempatkan empat kepakaran perubatan yang berbeza seperti perubatan dalaman, Paediatric, Obstetrics dan Gynaecology dan Psikiatri sedang dinaiktaraf menjadi Hospital Pakar Kecil.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang memaklumkan, sekiranya hospital itu beroperasi sepenuhnya pada Ogos depan, terdapat tiga penambahan kepakaran akan ditempatkan iaitu pembedahan am, Orthopaedics dan Anaesthesiology di hospital berkenaan.

“Secara fizikal hospital baharu ini sudah siap sepenuhnya dan sudah berada di fasa pemeriksaan akhir, percubaan dan pelaksanaan yang sedang kita jalankan.

“Hospital ini akan siap sepenuhnya pada penghujung Ogos depan.” katanya ketika menjawab soalan dari ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mengenai perancangan untuk menempatkan doktor pakar di Hospital Sri Aman dan menaik taraf jenis perkhidmatan klinik kerajaan serta menyediakan Pusat Dialisis di kawasan DUN N28 Lingga, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19.

Tambahnya Klinik Kesihatan Lingga turut dinaik taraf melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.

“Selain itu, terdapat juga perancangan untuk menggantikan Klinik Kesihatan Tanjung Bijat kepada Klinik Kesihatan Jenis 5 dengan kuaters dibawah (RMK12).” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan