Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wujud jawatankuasa baharu, lonjak ekonomi

ByYazid Ibrahim

KUCHING. 17 Mei : Sebuah jawatankuasa bertindak diwujudkan dalam usaha memperkasakan ekonomi ahli Persatuan Anak Melayu Bintangor (PAMB) selain menjaga kebajikan penduduk di Kampung Bintangor.

Pengerusinya, Dr Loji Saibi berkata, PAMB kini giat memperkemaskan struktur organisasinya bagi memastikan matlamat penting itu menjadi kenyataan.

“Pelan tindakan ini, kalau dapat dilaksanakan sepenuhnya yang mana merangkumi bukan sahaja dari segi kebajikan, malah dari segi ekonomi ahli-ahli dan juga orang kampung kita.

“Oleh itu untuk memastikan pelan tindakan tersebut dapat dijalankan dan berjaya kita perlu memperkemaskan struktur organisasi persatuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PAMB di Dewan Dayang Bai Bintangor yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab.

Selain itu, bagi memastikan organisasi itu kekal aktif, PAMB turut menubuhkan jawatankuasa kecil bertindak peringkat Bintangor dan Tabung Amanah Pendidikan dan Kebajikan.

Tambahnya PAMB turut menyediakan pangkalan data sendiri bagi memperkemaskan lagi peranan persatuan tersebut.

“Kalau persatuan itu, tidak ada data-data sama ada dari segi keahliannya ataupun orang-orang yang kita bantu, khususnya penduduk kampung betul-betul menerima bantuan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan