Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Syazwani Sahar (kiri) dan Gillian Lim (kanan) menamatkan saingan sengit acara beregu wanita Sukan SEA Vietnam dengan pingat gangsa.

Sukan SEA : Gillian hadiahkan gangsa boling

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 17 Mei : Pemain boling Sarawak, Gillian Lim berpuas hati apabila menamatkan acara beregu wanita Sukan SEA ke-31 di Vietnam dengan menyumbang pingat gangsa untuk negara.

Bergandingan dengan bekas juara remaja dunia, Nur Syazwani Sahar, wakil negara itu mengumpul 2,471 jatuhan pin selepas melengkapkan enam permainan pada aksi di Hero World Bowling Centre petang tadi.

Gillian melakukan 238,188,198,198,205 dan 197 untuk jumlah keseluruhan 1,224 pin manakala Nur Syazwani menyumbang 1,247 pin.

Emas acara itu dimenangi beregu Singapura yang menampilkan juara dunia, Cherie Tan dan pemenang tiga emas Sukan SEA 2019, New Hui Fen yang mencatatkan 2,767 pin.

Juara bertahan, Sharon Limansantoso dan Tannya Roumimper dari Indonesia membawa pulang pingat perak.

Dihubungi TVS, Gillian berkata, dia tetap berpuas hati meskipun kalah tujuh pin dalam perebutan pingat perak dengan wakil Indonesia ketika pasangan Singapura itu sudah terlalu jauh untuk dikejar.

“Mereka sangat berpengalaman, saya dan Nur Syazwani melakukan sedaya yang termampu dalam permainan terakhir, sebenarnya sangat tertekan ketika itu namun kami meneruskan balingan,”katanya.

Pada masa sama, atlet kelahiran Miri itu mengakui, satu bebanan telah hilang selepas pasukan boling berjaya mendapatkan pingat.

Acara perseorangan semalam menyaksikan Malaysia gagal menemui rentak permainan apabila empat pemain boling yang diturunkan gagal menaiki podium.

Kekecewaan berterusan pada sebelah pagi tadi apabila dua beregu lelaki yang ditampilkan turut kecundang.

Satu lagi beregu wanita negara, Nerosha Keligit dan Nora Lyana Natasia menamatkan saingan di tempat keenam.

Memasuki acara berpasukan esok, Gillian berkata, dia dan rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik kerana acara itu merupakan sasaran utama mereka di Vietnam.

“Komunikasi menjadi kunci, kami mempunyai keserasian bermain acara berpasukan dan saya percaya kami mampu melakukannya,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan