Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof
Dato Sri Fadillah Yusof

PRU15: GPS pilih Fadillah sebagai calon Petra Jaya

KUCHING, 17 Mei: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu sebagai calon yang diyakini akan memenangi kerusi tersebut pada PRU15.

“Fadillah disahkan akan kekal bertanding pada PRU15, dan kami akan terus memastikan Sarawak akan menyumbang kepada kestabilan politik negara,” katanya yang ditemui pada Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri PBB pada Isnin.  

Abang Johari pada masa sama turut memberi bayangan bahawa pilihan raya dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Fadillah, yang juga Ketua Whip GPS, telah memenangi kerusi itu selama empat penggal sejak 2004.

Beliau dipilih sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas memenangi penggal kedua pada PRU12 pada 2008 dan Menteri Kerja Raya penuh pada 2013.

Terdahulu, Fadillah berjaya mempertahankan kerusi Petra Jaya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya pada PRU14. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan