Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemain berpengalaman Kuching City FC, Ramesh Lai (kanan) dan Joseph Kalang Tie (kiri) menjadi sandaran untuk menumbangkan Singa Utara malam ini.

Piala FA : Kuching City idam ke suku akhir

KUCHING, 17 Mei : Menjadi ‘wakil tunggal’ Sarawak pada saingan Piala FA 2022, Kuching City FC kini mengintai peluang untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan kalah mati ini.

Kapten skuad The Cats, Ramesh Lai berkata, setiap perlawanan yang perlu diharungi oleh pasukan itu adalah sama penting.

“Oleh itu, perlawanan pusingan kedua menentang Perlis United FC malam ini di tempat lawan tidak harus dipandang mudah,”katanya kepada TVS.

Kuching City FC melepasi halangan pusingan pertama Piala FA dengan menewaskan UiTM FC 2-0 manakala lawan mereka Perlis United FC yang beraksi di Liga M3 membuat kejutan dengan menyingkirkan pasukan Liga Premier, PDRM FC.

Terbang jauh ke utara tanah air apabila akan beraksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam ini, Ramesh berkata, mereka telah membuat persiapan rapi sebelum bertandang ke kubu Singa Utara.

“Sejak beberapa hari lepas, keyakinan kami amat bagus malah dalam Liga Perdana selepas saingan bersambung, kami kekal mencatatkan kemenangan apabila menewaskan UiTM ,”katanya.

Begitupun, Ramesh meminta rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah cabaran yang bakal dilontarkan lawan mereka.

“Kami akan beri tentangan terbaik.

“Kalau boleh biarlah perlawanan berakhir dalam tempoh 90 minit dan tidak berlarutan pada masa tambahan atau sepakan penalti,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan