SEPANYOL, 17 Mei : Penggemar astronomi di pulau Gran Canaria, di sini terpesona dengan gerhana bulan penuh pada Isnin, lapor Reuters.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan sejajar dan bulan melalui bayang-bayang yang dicipta oleh bumi.
Walaupun gerhana bulan penuh, bulan tidak akan menjadi gelap sepenuhnya sebaliknya bercahaya kemerah-merahan seolah-olah bulan berdarah.
Sementara itu, tiada peralatan khas diperlukan untuk melihat gerhana bulan selagi mereka berada di kawasan gelap yang jauh dari lampu bandar.
Teropong atau teleskop membolehkan penggemarnya mendapat pandangan yang lebih baik tentang warna kemerahan pada bulan. – TVS