Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang peniaga di Pasar Sibu Sentral.

Pasar Sentral Sibu ‘meriah’ menjelang Hari Gawai

SIBU, 17 Mei : Menjelang dua minggu lagi sambutan Hari Gawai, aktiviti perniagaan di Pasar Sentral Sibu di sini meriah.

Tinjauan TVS di pasar ini baru – baru ini mendapati para peniaga tidak menang tangan melayan pelanggan yang berpusu – pusu mencari bahan basah.

Di sini, tidak timbul isu kekurangan bekalan terutamanya bahan keperluan harian seperti sayur -sayuran.

Penjual, Minah Juban berkata, dia tidak berdepan masalah mendapatkan barangan jualan kerana menjual hasil tanaman sendiri.

“Saya menaman ubi dan baru – baru ini telah menuai hasilnya, jadi ketika ini bersempena dengan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi, saya mengambil peluang untuk menjual hasil tanaman,”katanya.

Senada dengan itu, penjaja Noni Anak Jemat yang menjual kek lapis berkata, dia turut menerima tempahan yang banyak sejak bulan lepas.

“Oleh itu, saya telah memesan kek lapis dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding kebiasaan.

“Ini bagi bagi menampung pemintaan pelanggan sempena Hari Gawai tidak lama lagi,”katanya.

Katanya, pada 1 Jun nanti iaitu ketika sambutan perayaan itu, dia akan berniaga seperti biasa.

“Saya akan berniaga pada awal pagi dan pulang lebih awal.Ini kerana biasanya pada waktu itu masih ada pelanggan yang datang membeli barang keperluan termasuklah kek lapis,”katanya.

Pasar ini beroperasi setiap hari bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam dan menempatkan lebih 1,000 peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan