Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Awal Ashaari didakwa, ikat jamin RM2,000

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 17 Mei : Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30 Sunway Damansara, dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada pukul 11.30 pagi, 16 April lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk M Reza Hassan dibantu peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal memohon pengurangan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya berpendapatan sebagai pengacara yang tidak konsisten menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia.

Bagaimanapun, Zhafran membenarkan jaminan RM2,000 dan menetapkan 15 Julai untuk sebutan semula kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan