Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua bot nelayan Vietnam dan merampas hasil tangkapan, diesel serta peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta. Foto: APMM Zon Maritim Bintulu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua bot nelayan Vietnam dan merampas hasil tangkapan, diesel serta peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta. Foto: APMM Zon Maritim Bintulu

APMM Bintulu tahan dua bot nelayan asing, rampas peralatan RM1.5 juta

BINTULU, 17 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua bot nelayan Vietnam dan merampas hasil tangkapan, diesel serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Dalam operasi itu juga pihak Maritim menahan 23 anak kapal yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak lebih kurang 110 batu nautika dari Utara Tanjung Sirik,sekitar jam 3.15 petang, pada Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu telah dikesan sekitar jam 2.50 petang dalam keadaan mencurigakan ketika dihampiri penguatkuasa Maritim Malaysia.

Tekong dan kesemua kru berwarganegara Vietnam berusia dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati tekong dan kesemua anak kapal warganegara Vietnam berusia dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil rampasan merangkumi dua bot, peralatan menangkap ikan, 700 kilogram ikan campur serta 20,000 liter bekalan diesel dua bot nelayan berkenaan ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Jelasnya lagi, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta bagi pemilik atau nakhoda dan RM600 ribu bagi tiap-tiap anak kapal jika disabitkan bersalah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan