Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2)

Warga Indonesia masuk Sabah secara haram ditahan

ByTVS

TAWAU, 16 Mei : Seramai lapan warga Indonesia yang mahu kembali ke Sabah dipercayai untuk bekerja ditahan Pasukan Respon Pantas (QRF) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Kumpulan berkenaan melakukan kesalahan kerana masuk ke negara ini melalui laluan perairan yang tidak diwartakan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan berusia dua sehingga 40 tahun ditahan hasil intipan dan tinjauan kira-kira jam 4.25 petang, semalam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pihaknya mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dan menurunkan lapan individu bersama barang di Kampung Titingan.

Menurutnya, sebuah teksi kemudian membawa kesemua individu itu dan menurunkan mereka di Jalan Chen Fook sebelum pemandu melarikan diri setelah menyedari diekori pasukan QRF.

“Pasukan telah menahan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan pemeriksaan awal dokumen,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka memiliki pasport dan permit kerja yang sah.

“Bagaimanapun tiada cop pengesahan kebenaran masuk ke Sabah pada dokumen mereka kerana masuk melalui jalan yang tidak diwartakan,” ujarnya.

Kesemua mereka memaklumkan berasal dari Pulau Sebatik, Indonesia dan masuk ke Sabah untuk kembali ke tempat kerja setelah bercuti melawat keluarga di Indonesia.

Mereka ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan