Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa pertama dikenali Lee Jun Suhia,34, ditemui pada pukul 5.48 petang.

TERKINI : Selaman kali ketujuh Bomba temui mangsa lemas

KUCHING, 16 Mei : Mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti riadah di Sungai Rayu, Matang, pukul 3 petang ditemui sebentar tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa pertama dikenali Lee Jun Suhia,34, ditemui pada pukul 5.48 petang.

“Adiknya , Lee Hui Fee,17, pula ditemukan pada pukul 6.43 petang tadi,”jelas PGO.

Menurut PGO, mayat mangsa kedua berjaya ditemukan selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan selaman kali ketujuh.

Baca lagi > > > Adik beradik lemas di Sungai Rayu, Matang

Difahamkan, kedua -dua mangsa merupakan sebahagian daripada 14 individu yang melakukan aktiviti riadah di sungai berkenaan sebelum bertukar menjadi tragedi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan