Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PBB mempunyai dasar seiring dunia

KUCHING, 16 Mei: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan sebuah parti yang sentiasa relevan dan sesuai dengan peredaran zaman.

Justeru, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk sesebuah parti miliki hala tuju yang jelas.

“Penduduk DUN Tupong mengucapkan tahniah kepada saya kerana Sarawak telah diiktiraf oleh dunia daripada sudut peralihan ekonomi kepada ekonomi hijau. Namun, bagi saya ucapan tahniah tersebut sepatutnya diberikan kepada PBB kerana PBB mempunyai dasar sealiran dengan dunia.

“Mereka termasuk pakar-pakar dunia dengan teknologi hidrogen di Sarawak dan hanya Sarawak yang menonjol berikutan peralihan kepada ekonomi hijau yang berteraskan kepada kehendak, tuntutan dunia hari ini,” beliau yang juga Presiden (PBB) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan (PBB) N8 Satok, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, PBB juga perlu terus menjadi pilihan rakyat pelbagai peringkat usia di Sarawak.

Selari dengan hasrat meremajakan parti, PBB perlu mengadakan lebih banyak pendekatan bersua muka dengan para belia lebih-lebih lagi mereka yang belum pernah mengundi dan memberikan penerangan berkaitan bagi memastikan peningkatan terhadap peratusan belia yang layak mengundi.

“Saya diberi taklimat bersama dengan rakan-rakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimana sekarang ini undi kita mulai daripada umur 18 tahun hingga umur 21, penambahan pengundi di Sarawak hanya 20% sahaja. Tapi yang banyaknya tidak berdaftar ialah di antara umur 21 hingga 29 tahun. Mereka tidak mahu mendaftar. Penambahan pengundi di Sarawak berjumlah 600,000.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan