Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tolak pihak yang cuba pecahkan rakyat Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

BELAGA, 16 Mei : Usah terpengaruh dengan anasir luar yang ingin memecah belahkan rakyat di Sarawak.

Demikian tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sambil mengingatkan semua rakyat agar sentiasa berhati-hati dengan pihak yang sering menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk menggugat keharmonian negeri ini.

“Jika kita berpecah susah bagi kita. Ini kerana kekuatan kerajaan ini bergantung kepada kerjasama dan sokongan daripada seluruh masyarakat.

“Kita adalah satu keluarga, kita adalah satu Sarawak dan kita harus berjuang bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Belaga, di sini hari ini.

Katanya lagi, keharmonian yang ada boleh menjaminkan pembangunan yang seimbang untuk Sarawak.

Malah, ia juga bakal memastikan rakyat mendapat peluang untuk mempertingkatkan pendapatan dan keluar daripada tekanan kemiskinan.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Presiden PBB menambah, sebuah sayap baharu akan diwujudkan pada Perhimpunan Agung Tritahunan PBB Ke-15 akan datang yang bakal dibarisi oleh ahli muda yang berumur 18 hingga 28 tahun.

Perhimpunan tersebut akan diadakan selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan