KUCHING, 16 Mei : Dua adik beradik dikhuatiri lemas di Sungai Rayu, Matang, di sini.
Pegawai Bomba Kanan II KUP, Asmadi Nawi berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung insiden berkenaan sekitar pukul 3 petang tadi.
Katanya, sembilan anggota segera dikerahkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Dua mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Lee Jun Suhia, 34 dan manakala adiknya Lee Huai Fee, 17,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika ini, operasi SAR telahpun diaktifkan di sepanjang Sungai Rayu, Matang melibatkan kawasan pencarian sejauh 27 kilometer (km).
Difahamkan, setakat pukul 5.40 petang, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai. – TVS