Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet bina badan, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah raih emas acara Men's Athletics Physique hari ini. Foto Bernama.

TERKINI : Bina badan dan gimnastik sumbang dua emas

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Mei : Persaingan Sukan SEA ke-31 di Vietnam hari ini menyaksikan kontinjen Malaysia menambah dua pingat emas sebentar tadi.

Emas ke -14 negara hadir menerusi gimnas negara, Rachel Yeoh Li Wen dalam acara palang bertingkat.

Rachel menamatkan aksi dengan mengumpul 13.000 mata sekaligus mengatasi cabaran atlet tuan rumah, Pham Nhu Phuong yang mencatatkan 12.457 mata.

Gimnas Singapura, Nadine Joy Nathan pula membawa pulang pingat gangsa apabila sekadar meraih 12.433 mata.

Bagi kategori kekuda berpelana lelaki, dua gimnas negara, Tan Fu Jie dan Muhammad Shahrul Aimy terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa.

Emas acara itu dibolot oleh peserta Vietnam, Dang Ngoc Xuan Thien yang mengumpul 14.400 mata.

Rentak cemerlang Malaysia diteruskan pula oleh atlet bina badan, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah yang menguasai acara Men’s Athletics Physique. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan