Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Sarawak sudah jauh ke hadapan – Agong

KUCHING, 15 Mei : Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkongsi keyakinan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap kemampuan Sarawak untuk terus maju dalam industri hidrogen dunia.

Fadillah berkata, Al -Sultan Abdullah turut memberi pujian dan baginda yakin Sarawak dapat menjadi antara peneraju utama dalam industri hidrogen dunia.

“Baru-baru ini Seri Paduka bertanya kepada saya mengenai perkembangan Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda yang dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg..

“Ketika pertemuan itu, Al – Sultan turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Sarawak yang kini semakin membangun ke hadapan,”katanya.

Fadillah Yusof menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 2 Mei lalu. – Gambar Facebook Fadillah Yusof .

Fadillah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali Dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong Sesi 2022-2025 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Abang Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, perancangan pembangunan negeri yang ditadbir Abang Johari turut menarik perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Ketika kunjungan hormat saya bertemu Sultan Ibrahim, baginda turut memaklumkan keyakinan sama terhadap Sarawak,”katanya.

Fadillah Yusof ketika Menjunjung kasih DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 9 Mei lepas.

Fadillah berkata, Sultan Ibrahim yang juga bakal Yang di-Pertuan Agong turut memaklumkan kepada beliau bahawa Sarawak sudah bersedia menjadi leader’ di Malaysia.

Abang Johari ketika menyampaikan ucaptama di WHS baru – baru ini berkata, Sarawak bukan saja bersedia dengan pembangunan hidrogen malah mampu menjadi hub kuasa hidrogen di rantau Asia Pasifik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan