Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

PBB Cawangan Tupong wujudkan kelab veteran

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Mei : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong bersetuju untuk menubuhkan kelab veteran parti itu.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, keputusan itu bertujuan untuk menyediakan platform bagi veteran PBB berkongsi idea berhubung pembangunan khususnya di Tupong.

“Kali ini PBB Cawangan Tupong menyaksikan lapan hingga 10 orang ketua ranting telah melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada pimpinan-pimpinan baharu.

“Bagaimanapun , saya percaya mereka ini (bekas ketua ranting) masih mempunyai semangat yang kuat untuk terus menyumbang kepada PBB di sini,”katanya.

Fazzrudin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali dan Majlis Hari Raya Aidilfitri PBB Tupong di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merasmikan mesyuarat berkenaan menyambut baik penubuhan kelab veteran itu.

Ujar Abang Johari, ia merupakan keputusan itu tepat kerana akan membolehkan pergerakan sayap belia mendapat pendedahan politik yang selari dengan perancangan PBB.

“Tahniah kepada Fazzarudin kerana tubuhkan kelab veteran.

“Orang tua ini walaupun sudah undur diri tetapi mereka punyai pengalaman yang luas untuk memberi nasihat kepada generasi baharu”, katanya ketika berucap.

Sehubungan itu, Abang Johari turut menyarankan agar PBB cawangan lain mencari pendekatan terbaik untuk memastikan PBB sentiasa berada di landasan tepat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan