Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cadangan jadikan Samarahan pusat pelancongan buaya dikaji

KUCHING, 15 Mei : Cadangan untuk menjadikan Kota Samarahan sebagai sebuah taman pelancongan buaya perlu dikaji dengan lebih mendalam selain mengambil kira faktor keselamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata, sebelum ini pihaknya telah menerima cadangan berkenaan memandangkan kawasan sungai di Samarahan terkenal dengan populasi buaya yang agak banyak.

Beliau yang juga penaung kepada Samarahan Crocodile Hunter (SCH) berkata, setiap idea yang diterima akan diteliti sebaiknya.

“Kajian melibatkan lokasi yang sesuai untuk meletakkan buaya dan dijadikan sebagai taman pelancongan.

“Bagaimanapun sudah pasti kita memerlukan kajian yang mendalam dan mengambil masa yang panjang untuk memahami tentang habitat buaya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjurannya semalam.

Pada masa sama, Idris berkata, cadangan seumpama itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh sama ada sesuai atau sebaliknya.

“Kita tidak mahu cadangan itu menjadi beban kepada masyarakat setempat,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan